Monday 10 April 2023

Kulit kusam? Breakout dan berjerawat? Jom atasi dengan Vitamin Kulit cantik Harga Rahmah!

 

Salam 19 Ramadan.

Cepat betul masa berlalu, lagi berapa hari je lagi bulan ramadan akan meninggalkan kita kan? Semoga segala amal ibadah dan amal jariah kita diterima oleh Allah SWT.

Memandangkan nak rayakan, Kak G nak cerita pasal masalah yang common untuk semua golongan di Malaysia ni tak kira la tua atau muda, iaitu kulit wajah yang kusam dan berjerawat.

Jangan cakap orang lain la, Kak G sendiri dulu pernah alami masalah kulit kusam. Stress tau! Bila ambil gambar ramai ramai, ketara sangat kulit muka tak berseri langsung. Sungguh! Sampai naik malu tau kalau kawan ajak ambil gambar. Memang hilang keyakinan diri tau. 


Macam mana masalah kulit ni boleh terjadi ya? Jom fahamkan apa puncanya

1. Kurang minum Air putih

Hah yang ni memang masalah biasa rakyat malaysia kan.Dehidrasi ni merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kulit kusam dan tidak bermaya. Bukan tu je tau, kekurangan air juga boleh menyebabkan garis kedutan dan pori-pori lebih jelas kelitahan tau!

2. Merokok

Yang ni memang Kak G memang tak berkenan. Terdapat satu kajian epidemiologi yang membuktikan bahawa habit merokok antara penyebab utama penuaan kulit pada usia muda. Merokok ni membuatkan wajah kelihatan lebih tua dari usia, kusam dan tak sihat. Say no to Smoking!

3. Diet tidak seimbang

Yang ni Memang paling commonkan. Tabiat ini selalunya menjadi punca utama kepada pengambilan kalori secara berlebihan dan boleh effect pada hormon tau.Makan makanan yang tak sihat menyebabkan Kulit kekurangan vitamin dan nutrisi yang sepatut diperlukan.Kena pastikan makanan korang mengandungi vitamin-vitamin yang baik seperti Vitamin C dan protein untuk badan dan juga kulit wajah yang sihat.

4. Sel-sel kulit mati yang terkumpul

Korang tau tak sel-sel kulit mati akan tertanggal dengan sendirinya tanpa kita sedari? Sel-sel kulit mati ini akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Tapi , ada juga sel-sel kulit mati yang tidak tertinggal daripada wajah. Pengumpulan sel-sel kulit mati merupakan punca utama kepada wajah anda yang kelihatan kusam dan tidak sihat. So kena pandai pilih rankaian penjagaan kulit yang sesuai dan organic.

5. Kekurangan Tidur

Terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa kesihatan serta riak wajah boleh dipengaruhi oleh tempoh waktu tidur individu itu. Mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi lebih cenderung untuk kelihatan letih dan tidak bermaya. Boleh effect mood jugak tau!

Ok. Dah tahu punca kan. sekarang apa yang kita perlu buat untuk merawat dan langkah pencegahan?

1. Rutin membersihkan Wajah.

Penting tau untuk kenal pasti jenis kulit korang dan seterusnya perlu cari set penjagaan kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit korang. Kalua salah, alamat makin teruk nanti masalah kulit tu.Wajib untuk mencuci, guna penyegar dan pelembab dengan sunscreen. Malaysia ni panas kan, kesan dari sinaran matahari itu boleh merosakkan lagi kulit.

2. Diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat

Hah yang ni memang wajib ya. Kena seimbang cara pemakanan kita. Pengambilan air dan segala nutrisi lain perlu cukup. Waktu tidur pun kena jaga tau! Ini bukan bagus untuk kulit je. Malah untuk kesihatan secara menyeluruh.

3. Pengambilan Supplement

Selain menitikberatkan penjagaan luaran, penting tau untuk merawat kulit dari dalam juga. Kerana sebagaimana kulit kita terdedah dengan kerosakan, begitu juga tubuh kita. Jadi pengambilan makan tambahan sangat-sangat membantu.

Ada dua produk Vitamin Kulit cantik yang Kak G sangat syorkan untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik :

Set Kulit cantik ESP dan Vitamin C

Energizing Soy Protien (ESP) 850 Gram

ESP shaklee adalah protein Non GMO yang mengandungi 5 sumber vitamin dan tinggi dengan Kalsium. ESP Shaklee bebas daripada asid transfat dan sumber makanan tambahan yang bebas daripada kolestrol. ESP Shaklee sangat membantu untuk merendahkan paras kolestrol dalam badan kerana kandungan Glisemik Indeksnya (GI) yang rendah.

Khasiat dan manfaat ESP Shaklee untuk kesihatan tubuh badan :

1.      Bantu hasilkan kulit yang sihat, cantik, halus, cerah dan gebu.

2.      Bantu dalam pembentukan otot, tulang dan gigi yang sihat.

3.      Merupakan sumber protein yang lengkap dan bantu dalam mencantikkan kulit

4.      Berikan tenaga tambahan pada tubuh dan tenaga yang lebih lama.

5.      Bantu perbaiki tisu dalaman dan tisu kulit kita dengan lebih cepat

6.      Esp juga bantu dalam mengurangkan masalah Gastrik

7.      Menguatkan rambut

Vitamin C sustained release (180biji)

Vitamin C Shaklee adalah antara supplement yang paling sinonim untuk kulit yang cantik serta untuk meningkatkan imun badan. Satu tablet mengandungi 500mg vitamin C yang mampu membekalkan vitamin C sepanjang 5 jam secara berperingkat. Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit. 

Khasiat dan manfaat Vitamin C Shaklee untuk kesihatan tubuh badan :

1. Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.

2. Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.

3. Membantu mengatasi masalah jerawat

4. Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.

5. Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.

6. Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.


Siapa yang perlukan Set Cantik Shaklee ini?

1. Remaja dan orang dewasa

2. Lelaki dan wanita

3. Set ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

4. Sesuai untuk golongan yang mempunyai Gastik

5. Ibu-ibu yang menyusu juga sesuai memgamalkan set ini

6. golongan yang pentingkan penampilan

Kalau korang nak tau, ESP dan vitamin C ni la supplement pertama yang kak G cuba 12 tahun lepas. Dan alhamdullilah Kak G masih amalkan sehingga kini. Dari anak dara sampai sekarang anak dah 2, dua supplement ni memang sangat la membantu. Yang paling Kak G puashati sangat disamping Kulit semakin sihat dan cantik, Gastrik yang Kak G hidap dari sekolah rendah, sembuh tau! Syukur sangat-sangat.

Jom kita layan testimony Set Kulit cantik




This is my #shakleeeffect. 

Berita Baik!!!

Bersempena Bulan April ini, Shaklee beri harga Rahmah untuk Set Vitamin Kulit ni.Dah 12 tahun Kak G bersama Shaklee, Ini lah promo yang terpaling Murah Shaklee pernah adakan tau. Tak masuk akal sungguh harganya.

Set A : 1 Vitamin C + 1 ESP 

Harga Promo Rahmah : RM99

Free membership

Set B : 2 Vitamin C + 2 ESP

Harga Promo Rahmah : RM188

Free membership

Free Postage


Berminat nak cuba Set Vitamin kulit Cantik Harga Rahmah ni?

Korang boleh contact Kak G di link bawah ya:

Link

Atau kalau korang nak order sendiri pun bolehh, click link dibawah ya.

Link
Untuk info lain korang boleh Vitamin Kulit

Thank you for droping by!

Kakak Supplement anda,
kak G
ID 887154

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#Shakleepasirgudang
#shakleejohorbahru
#TrustedAgentShaklee
#JutawanBlogger


 




1 comment: