Sunday Last aku pergi renew passport. Sesaje nak try renew dekat UTC Jb. Rata-rata kawan-kawan aku yang pernah berususan dekat situ memang cakap service laju. Excited je dengar.
So memandang kan passport aku memang dah nyawa ikan and aku pun memang cuti hari tu so aku pun ajak la housemate aku si iza pergi sana sebab iza pun nak buat IC baru.
Sampai-sampai je aku dah salah level.hikhik..rupenya untuk buat IC level 3..renew passport level 2..
So..jumpa je kaunter aku pun amik nombor. Nak tau nombor bape aku dapat??
Tadaaa.. hahhh Nampak tak?? dekat 200++ orang lagi nak sampai turn aku. Aku pun silap kot sebab macam Tuan Puteri datang tengahari. Hamikk ko.
Aku rasa mcm nak pitam tengok nombor tu. Buat dekat Pekan Rabu pun tak seramai ni. But luckily banyak kaunter yang bukak. Dapat je nombor aku terus whatsapp kat iza. Dia punya nombor tak lah jauh sangat. So aku pun terus ajak iza pergi cuci-cuci mata. Dapat la sambar wide shawl 2 helai.
Settle cuci mata naik balik kat Kaunter Imigresen. Fuhh baru 1300++.. adoyaiiii..
boleh pengsan jugak kalau aku tabah menunggu ni. Aku pun tunggu jelah.. Tau-tau iza tepuk bahu aku. IC dia dah settle. Cepat betul. aku tengok jam baru 2.30pm. So aku ajak iza balik. Boleh la solat sekali. Nasib la rumah dekat kan.
Balik rumah aku solat,lepak-lepak tenang kan fikiran. Si Iza siap basuh baju bagai. 4.00pm kitaorang gerak balik. Parking pun dah macam lengang sikit. Maybe orang dah ramai balik. Sampai-sampai je aku tengok dan sampai turn 1545. Ada lagi 10 orang!! Fuhhh selamat. Kalau termiss memang penat jugak la aku nak menunggu balik. Tapi orang pun macam dah tak pack macam mula-mula aku datang tadi.
Tunggu dalam 10 minit,nombor aku pun kena panggil.Mula-mula aku siap bawak gamba sebab memang aku ada amik gamba passport dulu.kenkonon nanti nak renew senang la gamba dah ade.Rupenya sekarang gamba memang kena amik kat situ jugak.gamba hitam putih.so aku rasa takde masalah kalau pakai tudung kaler ape pun.Masa turn aku tu boleh pulak sistem offline.lama pulak tu.Dalam 20 minit gak.Dalam hati aku menyesal pulak happy sgt tadi.tup-tup sistem offline plak.Dalam hati doa je mintak semua settle hari tu jugak.Alhamdullilah.semua nya Allah permudahkan.cam biasa bila dh settle amik gamba n update details semua,kene tunggu nombor dpanggil untuk bayaran pulak.AKu buat 2 tahun je = rm100.kalau 5 tahun = rm300. Lepas buat bayaran amik resit.normally dia akan tulis roughly what time kene datang collect passport.Masa aku bayar tu dah pukul 4.50pm camtu.so kene collect pukul 6pm.oleh kerana ada satu jam lagi nak tunggu,aku dan iza pun pergi melantak.sampai balik kat jabatan imigresen tu,letak resit dalam kotak yang diaediakan dan tunggu dia panggil. Once kena panggil je amik passport n sign. Aku concern more nak tengok gamba aku je kat dalam passport tu.Biasalah..perempuan kan..hihihi
Nak tengok muka aku dalam passport tak??
Tadaaaaa

No comments:
Post a Comment