Tuesday 4 November 2014

Penumpang jelmaan dalam keretaku

Assalamualaikum

Semenjak aku tau dalam kereta aku ada penumpang jelmaan, aku macam tak tenang dah nak drive kereta sorang-sorang tau.Aku baru tau wujud nya penumpang jelmaan ni 2 hari lepas..Tu pun syukur jugak aku tau dia wujud dalam kereta aku.. kalau tak forever la aku tak tau..Sumpah aku memang lemah lutut siap boleh melalak lagi kalau dia menjelma depan aku.ada aku pengsan nanti. huahuahuaaa 
Penumpang jelmaan yang aku maksudkan tu adalah CICAK!!!!

eiiii aku memang tak boleh la dengan binatang nama CICAK ni. memang aku fail la.
Dulu masa guna kereta lama, aku tengah jalan-jalan dengan adik aku dekat Danga City Mall.
Nasib baik la masa tu dekat parking. Rilek je dia melepek dekat tepi aku. Nasib baikkkk la adik aku perasan. So aku pun dengan pantas nya berhentikan kereta dekat tepi dan tanpa sepatah kata aku terus melompat keluar dari kereta. Adik aku la jadi mangsa kena halau binatang tu. Korang tau dia halau pakai apa? Pakai tangan dia je hokeh!! sumpah aku nak pitam tengok dia halau cicak tu. Pastu aku cakap kat dia tak payah salam aku pakai tangan tu. HAHAHAHAHAHA

So sekarang aku dilanda masalah yang sama. Sebenarnya aku memang pelik jugak kenapa cicak-cicak ni suka sangat duduk dalam kereta aku. Tapi bila pikir balik, dia macam konsep LUA la kan. lagi ko bayang kan lagi attract dia untuk jadi. Hamik ko. hahahhahaa kesian betul aku tau. So, aku pun mencari idea macam mana nak halau cicak tu keluar seterusnya menjadikan kereta aku
bebas-cicak. TINGGG.. aku pun Goggle. Dapatlah tips-tips yang boleh kata agak membantu tapi macam tak sesuai dengan situasi aku.

Antara tips-tips Nye

 
Lada merah ditumbuk campur ngan air.  Pastu bubuh kat dalam botol spray.  Sprat kat mana2 korang selalu nampak cicak..semut...serangga.. (dekat rumah mungkin sesuai dengan cara ni but not dalam kereta la kan)
 
Kulit telur....Lepas dah basuh keringkan sampai betu2 kering.  lepas tu itu pecah2kan pada kepingan kecil...tampal pada kertas ke, kotak ke, atau nak belanja lebih sikit guna manilakad,  pastu tampalkan kat tempat cicak slalu bertandang.  Adalah dilaporkan cicak alah kepada mineral kulit telur ni. (but tettttt memang tak la aku nk letak kulit telur dalam kereta aku)

 
Asid borik.....jejaga...mende ni bahaya...Sila tabur dekat2 pokok berhampiran rumah anda yg banyak serangga. (untuk rumah sesuai la kan)

 
Bela kucing.......Sila bela dengan penuh kasih sayang kucing2 ni....kang kalo cicak lalu kucing yang comel sila ngap cicak2 tu yer.  Baru berbaloi tuan korang membela. Tapi tak dapat dipastikan adakah kucing2 zaman sekarang masih berminat nak menangkap sang cicak. (yang ni aku suke tapi kesian pulak la kat kucing tu kalau dok terperap je dalam kereta kan)

 
Bersihkan rumah (sah-sah untuk rumah kan)
 
 
Setelah aku cari dan cari lagi napak Nya kesemua tips-tips tu memang tak sesuai dengan situation aku. So sad. hukhukhuk.. Tapi aku memang tak putus asa.. Aku search lagi dannnn akhir nya aku jumpa satu blog ni. Tips dia memang sangat mudah dan aku rasa memang sesuai ngn situation aku.
 

 
Tadaaaaa beli je bende ni, spray dekat dalam kereta lepas tu biar kan cicak tu arwah terus.
Slow jugak aku ni sebab aku tau je kewujudan spray ni tapi almaklum la bila dah fobia semua lupa hihihi
 
 
So sekarang aku kena plan bila aku nak menyembur kereta aku dengan spray ni. dan aku kena kumpul kan segala kekuatan untuk menhadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Mana la tau sekali ada banyak kan. sebab yang aku Nampak ada sekor je. isshshhh choiiiii
walaupun dia ni kecik dari aku tapi cuba bayangkan apa boleh jadi kalau tetiba aku tengah syok-syok drive dia naik kat kaki aku ke, melompat dekat tangan aku ke. Ya ALLAH aku memang mintak ALLAH jauh kan aku dari situation macam ni!! hihi
 
P/S- aku memang tak letak gambar cicak ye walaupun dia adala subject utama entry aku kali ni.sebab nak taip word cicak pun aku dah Geliiiiii
 
 


 

No comments:

Post a Comment